fbpx

Bekas kakitangan Kumpulan Utusan koma kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nor Hanizah Mohd. Noordin

RANTAU PANJANG – Bekas kakitangan bahagian pemasaran Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad cawangan Kelantan, Siti Nor Hanizah Mohd. Noordin,33, koma selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Kuala Itek di sini minggu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Khamis lalu itu menyebabkan Siti Nor Hanizah mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai tergelincir akibat hujan lebat.

Kemalangan itu menyebabkan Siti Nor Hanizah mengalami pendarahan, retak tulang pinggung, patah paha dan fraktur tulang belakang hingga ke tengkuk.

Dia kini sedang menjalani rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ibu mangsa, Che Jabariah Abbas berkata, anak keenam dari sembilan beradik itu sudah mula sedarkan diri, namun masih lemah dan berada di wad ICU.

“Saya berharap saudara-mara dan rakan-rakan yang mengenali Siti Nor Hanizah segera mendoakannya supaya dia segera sembuh seperti sedia kal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Siti Nor Hanizah memerlukan perbelanjaan segera sekitar RM15,000 untuk tujuan pembedahan.

Orang ramai yang ingin membantu Siti Nor Hanizah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank milik Che Jabariah Abbas iaitu 1530-56 26-0107. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI