fbpx

Tiga lelaki termasuk pengarah syarikat direman berhubung pencemaran Sungai Kundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

SELAYANG – Tiga lelaki termasuk seorang pengarah syarikat di sebuah kilang memproses produk minyak kelapa sawit terpakai ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini mulai hari ini hingga 2 November berhubung pencemaran air di Sungai Kundang, Rawang.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Hafizah Rajuni ke atas kesemua suspek berusia antara 36 hingga 67 tahun selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka selama tujuh hari.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan pada pukul 3 petang semalam di sebuah premis.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati, pencemaran bau itu berpunca daripada bahan biodiesel yang melebihi 10 ton pada aliran disyaki dari kawasan perindustrian Kundang Jaya.

Siasatan pencemaran itu kemudian membawa kepada sebuah kilang di kawasan perindustrian Kundang Jaya.

Kilang terbabit dikenakan surat arahan di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk menghentikan serta-merta discaj efluen selain melaksanakan tindakan pembersihan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI