fbpx

Aplikasi tempahan makanan halal Odejee dilancar November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Gadut (kiri) melancarkan pejabat Odejee di Bandar Baru Uda, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Peningkatan permintaan pengguna terhadap perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan secara online telah membantu  Vantage Solution Sdn. Bhd. membangunkan aplikasi Odejee, yang memberi fokus kepada makanan halal di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata, dengan menggunakan tagline Halal, Amal dan Berkat, aplikasi Odejee dijangka memulakan operasi secara rasmi pada bulan November tahun ini.

Menurut beliau, ia akan melibatkan semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar bersama Odejee berstatus halal serta dimiliki dan diusahakan oleh usahawan beragama Islam.

“Sebagai permulaan, Odejee akan beroperasi di bandar raya Johor Bahru, Pasir Gudang, Senai, Kulai sebelum diperluaskan ke seluruh Johor secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pejabat Odejee yang disempurnakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Dr. Noh Gadot di sini semalam.

Ismail menerangkan, idea untuk membangunkan aplikasi Odejee adalah kerana komitmen dan fokus terhadap makanan yang halal dan tidak memberi rasa was-was kepada pengguna.

“Bagi memastikan makanan yang dibekalkan halal, semua vendor berdaftar dengan Odejee akan disemak oleh pegawai bertauliah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Kami juga mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap perniagaan ke Lembah Klang dan seluruh negara dalam suku pertama tahun depan dengan sasaran seramai 500 vendor berdaftar,” ujarnya.

Tambah beliau, 10 peratus daripada keuntungan yang diperolehi pihaknya menerusi aplikasi Odejee akan disalurkan kepada Tabung Wakaf Rakyat Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI