fbpx

Polis kesan sembilan pemilik akaun babitkan penipuan PTW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai pemilik akaun yang dipercayai terbabit dalam penipuan pinjaman tidak wujud (PTW) bernilai sebanyak RM 342,869.

SEREMBAN – Polis kini mengesan sembilan pemilik akaun yang dipercayai terbabit dalam penipuan pinjaman tidak wujud (PTW) bernilai sebanyak RM 342,869.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd Ghani berkata, dalam kejadian terbaharu semalam, seorang pesara kerajaan berusia 62 tahun telah membuat laporan polis di Seremban berkaitan penipuan berkenaan.

Menurutnya, mangsa telah diperdaya oleh  sindiket PTW yang dikenalinya melalui laman sosial Instagram.

“Mangsa ingin melakukan pinjaman sebanyak RM200,000.00 daripada syarikat All Best Howly Enterprise bagi tujuan membayar semula program infaq daging yang mangsa anjurkan.

“Mangsa telah mula melakukan pembayaran bermula 29 September lalu bagi mendapatkan pinjaman  tersebut  sehingga 24 Oktober (kelmarin),” katanya, di sini, tadi.

Aibee berkata, mangsa hanya menyedari urusan berkenaan merupakan satu penipuan apabila diberitahu oleh anak-anaknya pada kelmarin setelah mangsa meminta bantuan anak-anak bagi membuat pembayaran.

Menurutnya, mangsa telah melakukan sebanyak 71 transaksi keseluruhannya kepada sembilan akaun yang berbeza.

“Oleh itu kita kini sedang mengesan pemilik akaun 13950290864 Hong Leong Bank bernama Toh Shin Yi dan akaun Maybank 151539187254 milik individu dengan nama yang sama.

“Tujuh lagi pemilik akaun yang dikesan ialah akaun Maybank 157380033722 dengan nama Nor Faieza Abdul Wahab; akaun Bank Muamalat 14050035140728 (Mohd Zulhasyimie Dollah); akaun CIMB Bank 7002817170 (Mohd Ariff Bin Abdol Rahman); akaun CIMB Bank 7607031527 (Wan Azwan Wan Abdullah); akaun Maybank 158248447355 (Murugesu A/L Muniandy); akaun Maybank 158097718790 (Saidatul Erma Abdul Halim) dan akaun Maybank 151306914346 (Zaleena Zakaria).

Menurutnya, kesemua pemilik akaun diminta tampil membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI