fbpx

Perkenalkan insentif sewa rumah dalam Belanjawan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan supaya memper­kenalkan insentif bagi menggalakkan penyewaan kediaman dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini.

Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi iProperty.com Malaysia Sdn. Bhd., Wong Siew Lai berkata, menyewa boleh menjimatkan kos penginapan dalam jangka pendek dan bersesuaian dalam situasi ekonomi mencabar sekarang.

Jelasnya, ketidaktentuan akibat wabak mungkin mendorong lebih ramai orang menyewa berbanding membeli rumah dan penambahan jumlah mereka yang bekerja dari rumah turut meningkatkan keutamaan untuk persekitaran selesa serta kondusif.

“Sehubungan itu, kerajaan boleh memperkenalkan insentif kepada penyewa kali pertama.

“Bagi pemilik rumah yang sukar menjual hartanah mereka sekarang, boleh mempertimbangkan penyewaan jika insentif menarik diperkenalkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Siew Lai menjelaskan, sebagai contoh, pada awal tahun ini kerajaan telah mengumumkan potongan cukai kepada pemilik hartanah yang memberikan diskaun kepada kadar sewa.

Dalam pada itu, Siew Lai turut berharap kerajaan mengkaji se­mula dasar dan memperkenalkan langkah tambahan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan muda.

Menurutnya, sebagai contoh, pelepasan cukai untuk faedah pinjaman rumah yang ditanggung oleh pembeli rumah kali pertama perlu diperkenalkan semula untuk menggalakkan lagi pemilikan kediaman.

“Lebih awal mereka membeli hartanah, lebih banyak masa untuk golongan muda ini mendapat manfaat kenaikan modal daripada pelaburan hartanah mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI