fbpx
Sekumpulan peniaga mengadakan satu bantahan di Peshawar hari ini. - AFP

Pakistan panggil duta Perancis kerana komen Macron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD – Pakistan memanggil duta Perancis untuk menyuarakan rasa tidak puas hati Islamabad mengenai kempen  Islamofobia sistematik di negara Eropah itu.

Langkah itu diambil selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron didakwa mengkritik orang Islam dan mempertahankan satu penerbitan kartun Nabi Muhammad.

Duta itu dipanggil menghadap selepas beberapa siri protes di beberapa buah bandar di sekitar Pakistan.

Sehari sebelumnya, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyifatkan Macron sebagai ‘menyerang Islam’.

Jurucakap Kementerian Luar, Zahid Hafeez Chaudhri memberitahu agensi berita AFP bahawa duta Perancis itu dipanggil ‘untuk menyampaikan kebimbangan Pakistan terhadap kempen Islamofobia terancang di sebalik ekspresi kebebasan’.

Kedutaan Perancis di Islamabad tidak memberi sebarang kenyataan setakat ini.

Minggu lalu, Macron menyatakan pembunuhan mengerikan seorang guru dekat Paris, Perancis kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad di kelasnya.

Macron berkata, Samuel Paty ‘dibunuh kerana orang Islam mahukan masa depan kita’.

Satu kumpulan orang awam mengadakan bantahan di Quetta dan Peshawar, Pakistan selain menuntut boikot terhadap produk buatan Perancis. – AFP