fbpx

Najib perjelas dakwaan sokongan kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir pada mesyuarat pemimpin Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan sebuah portal bahawa beliau meminta UMNO memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, UMNO perlu berunding dengan parti-parti politik lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika UMNO masih tidak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan Perikatan Nasional selepas apa yang berlaku di Sabah.

“Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.

“Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan musuh kita yang banyak mengambil Ahli-ahli Parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15?” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

Najib menjawab dakwaan portal Malaysia Now yang mengatakan beliau mencadangkan UMNO bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Ujar Ahli Parlimen Pekan itu, syarat-syarat tersebut termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi yang pada masa kini dimonopoli PPBM.

Jelas beliau, perkara itu merupakan cadangan kedua beliau.

“Cadangan pertama saya adalah untuk UMNO mendesak satu tarikh yang tetap untuk PRU pada masa hadapan selepas Covid-19 terkawal,” katanya.

Tegas Najib, PRU merupakan pilihan terbaik untuk negara memandangkan majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tidak stabil pada ketika ini .

“Ini juga akan menyebabkan pelabur tidak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI