fbpx
KOEMAN (kiri) berang dengan keputusan VAR yang memberikan Real sepakan panalti sekali gus menyebabkan Barcelona tewas pada aksi El Clasico di Camp Nou kelmarin.

Koeman salahkan VAR punca tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mengkritik keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang dianggap berat sebelah selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-3 kepada Real Madrid pada aksi El Clasico di Stadium Camp Nou kelmarin.

Pada aksi itu, kapten Real, Sergio Ramos menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada babak kedua hasil keputusan VAR selepas pertahanan antarabangsa Sepanyol itu dijatuhkan oleh tonggak Barcelona, Clement Lenglet.

Kata Koeman, pasukan pelawat yang dikendalikan oleh Zinedine Zidane itu tidak layak untuk menang kerana pe­nalti yang dihadiahkan itu tidak sepatutnya diberikan kerana bukan kesalahan yang besar.

“Saya tidak bersetuju apabila pasukan lawan mendapat sepakan penalti ketika perlawanan terikat 1-1 dan harap alasan kukuh dapat diberikan oleh barisan pengadil yang menjaga VAR pada aksi penting ini.

“Malah, situasi ini bukan kali pertama kerana keputusan VAR memang tidak berpihak kepada kami sejak awal saingan liga lagi dan ia bagaikan konspirasi yang mahu menjatuhkan pasukan Barcelona,” katanya.

Koeman juga percaya taktikal pasukannya tidak kalah kepada Real selain memuji impak barisan pemain muda seperti Ansu Fati, Pedri dan Trincao.

“Saya tidak mempunyai masalah daripada sudut permainan kerana semua pemain memberikan komitmen penuh dan bekerja keras sepanjang perlawanan. Kami mencipta banyak peluang tetapi nasib sememangnya tidak memihak kepada pasukan,” katanya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN