fbpx

Berselawat dan bermunajat, Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster program Wilayah Persekutuan Berselawat dan Bermunajat Rabu ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menganjurkan Program Wilayah Persekutuan Berselawat dan Bermunajat serentak di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Rabu ini.

Dalam kenyataan dikongsi laman Facebook, Jawi memaklumkan, program itu akan berlangsung serentak selepas solat Maghrib, Rabu ini.

Menurutnya, antara pengisian lain termasuklah solat hajat dan doa selamat yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Jawi, Masjid Wilayah Persekutuan dan masjid-masjid yang lain sekitar Wilayah Persekutuan.

“Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah agar penularan wabak Covid-19 segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan.

“Program ini juga dianjurkan bagi menzahirkan kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W melalui galakan berselawat sempena Maulidur Rasul SAW 1442H,” katanya.

Susulan itu juga, pengumuman Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan pada tahun ini yang bertemakan ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ juga akan dibuat melalui platform Facebook rasmi Jawi pada Khamis pukul 10 pagi.

Poster program itu turut dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI