fbpx

Rugi RM4,720 beli emas di ‘live FB’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy

SEBERANG PERAI – Hasrat seorang suri rumah di Kepala Batas di sini untuk membeli barang kemas pada harga lebih murah tidak kesampaian apabila dia disyaki menjadi mangsa penipuan sindiket jual beli emas secara online semalam.

Mangsa berusia 39 tahun itu turut kerugian wang sebanyak RM4,720 apabila terjerat dalam penipuan tersebut selepas melihat video ‘live’ sebuah syarikat menjual emas di laman sosial Facebook (FB).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang tertarik dengan salah satu barang kemas yang dijual telah meninggalkan nombor telefon pada video live itu.

“Dia kemudiannya menerima pelawaan daripada seorang individu melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan gelang tangan emas dengan harga murah.

“Mangsa telah berkomunikasi dengan seorang perempuan yang mendakwa dirinya kakitangan syarikat emas dan memujuk mangsa untuk membeli gelang tangan emas yang dijual,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa yang berminat dengan tawaran itu telah membuat satu transaksi pindahan wang sebanyak RM4,720 ke dalam satu akaun bank diberikan oleh perempuan tersebut.

“Mangsa bagaimanapun berasa ditipu setelah kakitangan terbabit gagal dihubungi dan dia telah hadir membuat laporan polis semalam,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI