fbpx

JIPS siasat elemen cuai kes larikan MPV polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menyamar polis sebelum larikan MPV milik IPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan sama ada wujud elemen kecuaian anggota polis berhubung kejadian sebuah kereta peronda (MPV) dilarikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di Kepala Batas , Pulau Pinang.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan berhubung perkara itu akan dilakukan.

“Kita akan siasat jika terdapat kecuaian di pihak anggota polis yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah MPV jenis Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia dilarikan penjenayah dari IPD SPU di Kepala Batas malam tadi.

Bagaimanapun, dua suspek iaitu lelaki dan perempuan masing-masing berusia 30-an dan 20-an berjaya dicekup di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Difahamkan suspek telah menyamar sebagai polis sebelum memasuki IPD berkenaan dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 9.40 malam sebelum melarikan kereta tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI