HARI ini genap sebelas hari wanita kacukan Pan-Asian, Sarah Hildebrand membulatkan tekad kembali mempamerkan mahkota kewanitaannya setelah lima tahun menjalani hari-hari sebagai wanita berhijab. Radar seni hiburan minggu lalu sedikit tegang apabila bintang drama Pujaan Hati Kanda itu dilihat memuat naik sekeping gambar dalam Instagram tanpa bertudung. Maka, berbondong-bondonglah ‘tentera bawang’ melemparkan kata-kata nista di alam maya seperti tiada hari esok tanpa memikirkan hati dan perasaan empunya badan. Terpanggil menyelami harinya, pelawaan Pose mengatur sesi pertemuan eksklusif bersama Sarah disantuni……