fbpx

Baki 40 pelajar, kakitangan STIAS Senawang bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

SEREMBAN – Kesemua baki 40 pelajar dan kakitangan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang dekat sini yang sebelum ini masih dikuarantin di asrama sekolah swasta tersebut disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang, Abdullah Abdol Razak berkata, keputusan itu adalah hasil laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan kepada pihak sekolah berhubung keputusan lanjut ujian saringan yang dilakukan pada 20 Oktober lalu.

“Daripada 40 individu tersebut, 17 daripadanya adalah pelajar manakala 23 lagi adalah kakitangan. Kesemua mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Bagaimanapun, kesemua mereka masih tidak dibenarkan pulang tetapi telah dipindahkan ke pusat kuarantin di Nilai kira-kira pukul 4.30 petang tadi sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keadaan mereka benar-benar bebas jangkitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Abdullah, pihak sekolah akan mengosongkan bangunan dan seluruh kawasan sekolah selewat-lewatnya pada petang ini sebagaimana arahan yang dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan untuk menghentikan operasi untuk sementara waktu.

“Ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pembersihan dilakukan. Bagaimanapun, sekolah akan dibuka kembali setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan, sehingga kini seramai 121 pelajar termasuk kakitangan di STIAS, Senawang telah disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Kesemua mereka kini ditempatkan di dua pusat kuarantin, iaitu 99 di Rembau, manakala 22 lagi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI