fbpx

Buruh warga Myanmar maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang buruh warga Myanmar maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan lain di Jalan Kota Bharu – Machang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 itu, mangsa, Abu Sayed Akbal Hussin, 33, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala akibat tidak memakai topi keledar.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berlaku sewaktu hujan lebat ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan sedang dalam perjalanan dari arah Machang menuju ke Kota Bharu.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai mengekori rapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Chery Easter sebelum cuba untuk memotong kenderaan itu.

“Bagaimanapun, motosikal mangsa telah bergesel pada bahagian sisi belakang sebelah kanan MPV itu.

“Insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, mangsa maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal tanpa lesen motosikal dan mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) selain tinggal di Jalan Sultanah Zainab dekat sini.

“Pemandu MPV yang berusia 30 tahun yang berasal dari Kampung Likong dekat Limbat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selain itu, pemandu kereta jenis Proton Saga merupakan seorang peniaga berusia 45 tahun juga tidak cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI