fbpx

Bukit Tandak bakal terima bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kawasan Kampung Gual Rimau di Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan bakal menerima bekalan elektrik selepas tersenarai dalam projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, projek BELB di kampung tersebut dijadualkan bermula pertengahan November 2020 dan dijangka siap pada Oktober 2022 dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM1.44 juta, melibatkan lapan buah rumah.

“Kos yang tinggi dan memakan masa yang lama adalah kerana kedudukan rumah yang terletak jauh di pedalaman serta jauh dari sumber bekalan terdekat, selain memerlukan kerja-kerja pembinaan infrastruktur.

“TNB menggalas amanah sebagai pelaksana projek untuk menyalurkan bekalan elektrik di kawasan pedalaman menerusi projek BELB,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga Julai lalu, TNB telah menyalurkan bekalan ke 26 perkampungan pedalaman di seluruh Semenanjung di bawah Program BELB KPLB, dengan kos berjumlah RM50 juta termasuk di Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Terdahulu, akhbar Kosmo! melaporkan nasib kira-kira 20 keluarga di Kampung Gual Rimau yang hidup dalam ‘kegelapan’apabila sehingga kini masih tidak mendapat bekalan elektrik meskipun kawasan di sekitarnya sudah lama menikmati kemudahan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI