fbpx

11,000 anak ayam rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan api yang sedang marak membakar pusat ternakan ayam di Pekan Gurney, Lumut awal pagi tadi.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Dianggarkan kira-kira 11,000 ekor anak ayam rentung dalam kebakaran pusat ternakan ayam di Pekan Gurney dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 5.36 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan itu mendapati reban ayam berukuran 9 x 180 meter sedang marak terbakar.

“Anggota menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan untuk memadamkan kebakaran tersebut sehingga ia berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.45 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI