fbpx

“Saya tak promosikan barangan di belakang saya”- Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL menjawab kritikan Hannah pada sidang akhbar hariannya hari ini.

KUALA LUMPUR- Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, beliau tidak pernah mempromosi apa-apa barangan yang diletakkan di kabinet yang menjadi latar kepada sidang akhbar harian beliau.

Ujarnya, kabinet tersebut sudah tersedia ada oleh Kementerian Pertahanan.

“Ini kabinet yang dah ada, takkan dibuang. Ini kabinet Kementerian Pertahanan, saya tak tahu apa yang ada di belakang dan saya pun tak promosi barangan di belakang ini,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Beliau diminta mengulas kritikan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang menggesa Ismail Sabri hentikan sidang media harian jika tidak ada pengumuman substantif membantu rakyat.

“Sidang media bukan untuk mempromosikan baju atau pameran rak beliau. Semakin banyak yang diumumkan, semakin keliru orang awam dibuatnya!” menurut satu ciapan oleh Ahli Parlimen DAP itu.

Terdahulu, netizen ‘memeriahkan’ sidang akhbar Ismail Sabri apabila mereka ‘membida’ barangan yang diletakkan di rak beliau.

Katanya, sidang akhbar dibuat bagi menjelas tindakan-tindakan yang diambil di bawah sektor keselamatan.

“Rakyat mahu tahu apakah kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard, jadi kita terangkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI