fbpx

Kayu hiasan, kaktus dirampas di pejabat pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara produk pertanian yang dirampas Maqis Pulau Pinang di sebuah pejabat pos di Bukit Mertajam baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Kayu hiasan, pokok kaktus dan makanan haiwan antara yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pejabat pos di Bukit Mertajam di sini minggu lalu.

Pemeriksaan kira-kira pukul 4.40 itu dijalankan ke atas mel dan kurier pos yang dikirimkan dari luar negara.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya mendapati beberapa bungkusan dari Thailand, Taiwan, China dan Belanda itu mengandungi keluaran pertanian tanpa dokumen yang sah seperti Permit Import oleh Maqis dan Sijil Fitosanitasi dari negara pengeksport.

“Kita mendapati beberapa bungkusan dari Thailand dan Taiwan mengandungi sebanyak 23 pokok kaktus pelbagai bentuk dan spesis, (satu) pokok orkid hutan, (30) produk herba campuran serta (362) kayu hiasan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM5,252.70.

“Selain itu, seorang warga tempatan dikesan mengimport sebanyak 12 paket makanan kucing dan anjing bernilai RM630 yang dibeli secara online dari China dan Belanda untuk tujuan persendirian.

“Pengimportan tersebut didapati tiada sebarang dokumen yang sah seperti Permit Import dan Sijil Akta Makanan Haiwan 2009,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes-kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI