fbpx

Tukang paip durjana didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Seorang tukang paip didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Saifullah Mat, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa merogol seorang wanita berusia 42 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Alam Megah di sini pukul 10.45 malam pada 22 November 2019.

Justeru, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd. Saubian menawarkan jaminan RM15,000 dan seorang penjamin selain dikenakan syarat tambahan iaitu dilarang mendekati mangsa atau saksi serta perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Tertuduh yang masih bujang itu bagaimanapun memohon ikat jamin dikurangkan berikutan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan perlu menanggung ibunya yang sakit.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan daripada pihak pendakwaan.

Tarikh sebutan semula ditetapkan 15 Disember depan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI