fbpx

Ebit Lew beli dua lori tangki besar air bantu penduduk Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew (dua dari kanan) membantu penduduk mengangkut air dari lori tangki.

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib penduduk di Selangor yang mengalami gangguan bekalan air, pendakwah terkenal, Ebit Lew membeli dua lori besar air untuk diagihkan bagi membantu penduduk di kawasan yang terjejas.

Dalam perkongsian melalui laman Facebooknya, Ebit Lew memaklumkan telah membuat agihan bekalan air tersebut kepada penduduk di kawasan pinggiran Batu Cave, Gombak sejak malam tadi.

“Sayu rasa hati, Selangor tiada air. Saya beli dua lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sehingga ke subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di kawasan pinggiran Batu Cave.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air, saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam mana orang di luar sana. Ya Allah, orang beratur dan paling sayu pak cik dan mak cik tua-tua mahu air. Ada yang minta pembantu saya tolong angkatkan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor semalam.

Susulan itu, arahan henti tugas telah dikeluarkan untuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 serta Rantau Panjang.

Henti tugas keempat-empat loji itu telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI