fbpx

Bas kilang tanpa penumpang langgar tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiang elektrik tersangkut pada hadapan sebuah bas dalam kejadian di Jalan Tok Kangar, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah tiang elektrik tersangkut pada hadapan sebuah bas kilang selepas dilanggar kenderaan itu yang terbabas di Jalan Tok Kangar, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu tidak membabitkan kecederaan kerana bas berkenaan tidak mempunyai penumpang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian berlaku ketika bas itu dipandu seorang lelaki dari arah Jalan Perusahaan Perai menghala ke Jalan Tok Kangar.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik yang berada di kiri bahu jalan.

“Ia menyebabkan tiang elektrik itu patah dan tersangkut pada bahagian hadapan bas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, semasa kemalangan, tiada penumpang di dalam bas berkenaan dan pihaknya turut mengambil sampel darah pemandu bagi pemeriksaan lanjut. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI