fbpx

Lagi sekolah di Melaka diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Simpang Bekoh ditutup hari ini susulan terdapat kes kontak rapat Covid-19.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

JASIN – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh di sini diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini susulan terdapat ibu bapa pelajar yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, ketika dihubungi mengesahkan penutupan sekolah berkenaan dan memberitahu arahan penutupan itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri awal pagi tadi.

Katanya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.

Terdahulu Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan dua sekolah di daerah Alor Gajah iaitu SMK Lubok China dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang ditutup bermula 15 Oktober lalu selepas dua pelajar disahkan positif Covid-19.

Dua pelajar berkenaan merupakan adik-beradik dan disahkan positif Covid-19 bersama-sama lapan ahli keluarganya yang lain selepas mengadakan satu majlis kenduri awal bulan ini.

Keluarga itu dikatakan telah menginap di Kampung Nerambai Negeri Sembilan dan dijangkiti wabak itu selepas majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu saudara yang baru pulang dari Sabah.

Seluruh anggota keluarganya itu kemudian telah dibawa ke Hospital Seremban untuk rawatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI