fbpx

5 hari tempoh bank beri keputusan bantuan moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM mensyaratkan pihak bank memaklumkan keputusan permohonan bantuan bayaran balik pinjaman individu dalam masa lima hari. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak bank dikehendaki memaklumkan kepada peminjam individu mengenai keputusan permohonan bantuan bayaran balik pinjaman mereka dalam tempoh lima hari.

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, bagi peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS), tempoh ditetapkan adalah 14 hari.

“Peminjam yang tidak menerima jawapan daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan boleh menghubungi BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, lebih daripada 640,000 permohonan untuk bantuan bayaran balik pinjaman telah diterima setakat 9 Oktober, dengan kadar kelulusan kira-kira 98 peratus.

Jelasnya, jenis pakej yang ditawarkan oleh institusi perbankan mencerminkan keperluan dan kedudukan kewangan peminjam.

“40 peratus diberi lanjutan moratorium, melibatkan peminjam terutamanya daripada individu yang baru sahaja kehilangan pekerjaan serta perniagaan dalam sektor yang masih mengalami kekangan operasi yang nyata akibat pandemik.

“60 peratus lagi menerima pengurangan bayaran ansuran, membolehkan peminjam mula membayar balik pinjaman mereka pada jumlah bayaran yang selesa,” katanya.

BNM berkata, dalam kalangan individu yang memohon bantuan bayaran balik pinjaman sehingga kini, kira-kira 50 peratus mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 atau kurang.

“Sementara itu, 28 peratus adalah daripada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000.

“Peminjam dalam segmen lain yang memerlukan bantuan juga tidak dipinggirkan, antaranya mereka yang mempunyai pendapatan tidak tetap dan mereka yang bekerja dalam sektor yang paling terjejas seperti sektor pelancongan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI