fbpx

Penduduk cuba hayun cangkul ke arah polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK cuba menghayunkan cangkul ini ke arah anggota polis kerana tidak dibenarkan keluar dari kampung yang dikenakan PKPB.

Oleh NORLIA RAMLI

BALING – Seorang lelaki ditahan selepas cuba menghayunkan sebatang cangkul ke arah anggota polis di hadapan rumahnya di Kampung Padang Che Mas di Pulai di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu berlaku selepas suspek merakamkan gambar anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) untuk membuat aduan kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampung.

Kampung tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Tembok bermula hari ini hingga hujung bulan ini.

Ketua Polis Daerah Baling,  Superintendan Syed Basri Syed Ali memberitahu, anggota yang bertugas di pusat kawalan dimaklumkan tentang tindakan seorang lelaki merakamkan gambar anggota di SJR.

“Suspek bertindak demikian didakwa kerana marah tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampung.

“Anggota kemudian mengekori suspek sehingga hadapan rumahnya lalu bertanya tentang gambar yang diambilnya itu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang merupakan pekerja kilang tiba-tiba memarahi anggota terbabit sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengambil cangkul.

“Suspek cuba menghayunkan cangkul itu ke arah seorang anggota tetapi tidak berjaya selepas beberapa anggota lain bertindak menyekatnya.

“Berlaku sedikit pergelutan semasa tangkapan dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek pada esok.

“Suspek yang didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN