fbpx

Objek disangka bom rupanya batu tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu tanda yang disangka bom lama oleh penduduk Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek di sini malam tadi.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Penduduk Kampung Solok Jenuang, Ayer Molek di sini gempar selepas dikejutkan dengan penemuan satu objek yang disangka bom lama di sebuah kawasan tanah lapang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.05 malam daripada orang awam yang membuat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua.

Jelasnya, bagaimana hasil siasatan pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) ke lokasi mendapati objek tersebut hanyalah mampatan simen dan besi yang merupakan batu sempadanan tanah atau batu tanda.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan pihak UPB mengesahkan bahawa objek yang dijumpai bukanlah sejenis bom atau bahan letupan tetapi hanyalah batu tanda,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, objek itu dijumpai oleh orang awam selepas kawasan lapang itu dibersihkan dan dibajak menggunakan sebuah jentera.

“Mampatan besi itu juga telah dialihkan dan diletakkan di bawah pokok berhampiran laluan masuk penduduk kampung sebelum ia dilaporkan kepada pihak polis.

“Pasukan UPB bagaimanapun telah meneruskan operasi mengesan sebarang bahan letupan lama bagi memastikan kawasan berkenaan bebas dan selamat, ” katanya.

Terdahulu, penemuan objek bulat disangka bom lama itu turut tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk kampung berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI