fbpx

Lagu trending: Pulang (K-Clique)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO MUZIK Pulang.

K-CLIQUE sekali lagi menambat hati rakyat Malaysia menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Pulang.

Pulang yang yang dinyanyikan oleh Gnello, Somean dan MK feat AJ mengisahkan pengorbanan ketua keluarga yang keluar bekerja atau merantau untuk mencari wang demi membahagiakan keluarganya.

VIDEO muzik Pulang yang dilancarkan pada 10 Oktober lalu telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan di YouTube.

Ramai yang memuji mesej yang disampaikan menerusi lagu tersebut kerana sangat dekat dengan jiwa mana-mana individu.

Menyaksikan Pulang, ada juga yang menitiskan air mata kerana merasakan lagu dan video muzik berkenaan bertepatan dengan situasi yang sedang alami ketika ini.

Jalan cerita yang dipaparkan dalam klip video Pulang juga dikatakan berjaya meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya.

Sehingga kini, video muzik Pulang yang dilancarkan pada 10 Oktober lalu telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan di YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI