fbpx
REKAAN hadapan AMG GLB35 lebih garang berbanding dua varian lagi.

MBM tawar tiga varian GLB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

MERCEDES Benz telah mempamerkan model GLB buat pertama kalinya pada April 2019 di Shanghai Motor Show sebagai kereta konsep.

Kira-kira dua bulan selepas itu, model sub kompak SUV mewah itu dilancarkan di Park City, Utah, Amerika Syarikat.

Model GLB yang berada di kelas pertengahan antara GLA dan GLC mempunyai rekaan unik dan terbaharu dalam siri B.

Selepas dilancarkan di Thailand pada bulan Julai lalu, kini giliran Malaysia pula menjadi lokasi pelancaran model itu melalui Mercedes Benz Malaysia (MBM).

Di Malaysia, tiga varian diperkenalkan pada hari pelancaran seperti AMG GLB 35, GLB 250 dan GLB 200.

Apa yang menarik, GLB mempunyai tempat duduk di barisan ketiga berban­ding GLC dan GLA yang hanya untuk lima penumpang sahaja. Secara tidak langsung, model GLB boleh membawa tujuh orang termasuk pemandu.

AMG GLB 35

AMG GLB 35 yang julung-julung kali hadir di Malaysia sarat dengan aksesori prestasi AMG di bahagian luaran mahupun dalaman.

Varian prestasi AMG GLB35 hadir dengan enjin 2.0 liter turbo dengan kotak gear lapan kelajuan dual clutch.

Model ini dilengkapi dengan 4 Matic All Wheel Drive mampu menghasilkan kuasa maksimum 306hp pada 5,800 hingga 6,100 rpm dan tork maksimum 400Nm pada 3,000 hingga 4,000 rpm.

Kadar pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam (kmj) hanya dalam masa 5.2 saat.

AMG GLB 35 memberikan potensi memecut sepenuhnya dengan fungsi Race Start yang disertakan sebagai ciri-ciri standard.

Rpm enjin yang lebih tinggi ketika dihidupkan digabungkan dengan titik peralihan yang dioptimumkan, menghasilkan daya tarikan dan pecutan maksimum terbaik.

Fungsi Race Start tetap aktif semasa memandu untuk terus tekan pedal sepenuhnya.

Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp, rekaan AMG pada GLB 35 jelas kelihatan dari sudut luaran SUV itu.

“Varian itu menggunakan spesifik gril radiator AMG dan spoiler lip dinamik kelihatan bukan sahaja kelihatan sporty, malah mempunyai kuasa yang cukup diatas jalan raya.

“AMG GLB 35 menggunakan rim AMG lima batang bersaiz 20 inci,” katanya.

RUANG kokpit AMG GLB35 yang nampak luas dan mewah.

Bahagian dalaman dengan tempat duduk menggunakan kombinasi material ARTICO hitam atau mikrofiber DINAMICA serta reka bentuk tali pinggang keledar warna merah.

Penggunaan tali pinggang keledar warna merah memang sinonim untuk varian AMG.

Antara pakej standard dalam varian ini adalah pakej Light and Sights yang memberikan nilai dalaman tambahan tarikan dan penglihatan optimum di dalam kenderaan.

Pakej ini terdiri daripada pencahayaan fungsional yang meningkatkan keselesaan dan keselamatan serta suasana yang memberi suasana lebih selesa.

GLB 250

Mercedes Benz GLB 250 menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan transmisi automatik 8-kelajuan 8G-DCT.

Kombinasi enjin dan transmisi itu menghasilkan kuasa maksimum 224 hp dan tork maksimum 350Nm. Kadar pecutan dari 0-100 kmj hanya dalam 6.9 saat.

GLB 250 juga hadir dengan sistem roda empat tetap 4MATIC dengan pengeda­r­an tork yang berubah-ubah sepenuhnya.

GLB 200

Varian ini hanya menggunakan enjin 1.3 liter turbo dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 163 hp dan tork 250 Nm.

WALAUPUN GLB200 menggunakan enjin bersaiz kecil, namun kuasa yang diberikan tidak mengecewakan.

Kadar pecutan 0 hingga 100 kmj hanya 9.1 saat. Walaupun menggunakan enjin bersaiz kecil GLB masih mampu memberikan kuasa yang cukup di sam­ping cukai jalan murah.

Ketiga-tiga varian GLB ini dilengkapi dengan MBUX (Mercedes-Benz User Experience) yang telah merevolusikan cara pengendalian kereta.

Sistem ini mempunyai dua paparan tujuh inci standard untuk kluster ins­trumen dan paparan media dengan skrin sentuh.

Dalam masa sama, stereng dilengkapi dengan butang Touch Control di kiri dan kanan, port USB (Jenis C), sambungan Bluetooth untuk telefon pintar dan audio.

Ciri-ciri keselamatan termasuk Active Parking Assist dengan PARKTRONIC, teknologi bantuan pemandu yang membantu pemandu untuk parkir.

Ia menggunakan pelbagai sensor canggih di bumper untuk menentukan apakah kenderaan itu dapat masuk ke tempat parkir tertentu.