fbpx

Liverpool waspada taktikal Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (tengah) perlu mencari strategi ampuh berdepan Everton malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji apa yang dilakukan oleh rakan seja­watnya, Carlo Ancelotti untuk membantu pasukan Everton men­dahului carta liga menjelang pertemuan derbi dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Sta­dium Goodison Park malam ini.

Sebagai rekod, pengendali ke­lahiran Itali itu telah memberikan impak besar terhadap skuad The Toffees yang berjaya merekodkan empat kemena­ngan berturut-turut pada saingan awal musim ini.

Sementara itu, Liverpool pu­la mempamerkan aksi ‘yo-yo’ da­lam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lepas termasuk mengalami kekalahan memalukan 2-7 kepada Aston Villa awal bulan ini.

Kata Klopp, pengalamannya bersaing dengan pasukan bimbi­ngan Ancelotti dalam saingan Bundes­liga dan Liga Jua­ra-Juara Eropah sebelum ini te­lah memberi gambaran me­ngenai kesukaran untuk mengu­tip mata.

“Ancelotti adalah pengurus berkelas dunia yang memiliki reputasi hebat dalam kariernya dan sayalah yang paling suka apabila dia sah menjadi pengurus Everton kerana dia boleh memberi cabaran sengit buat pa­sukan kami.

“Berdasarkan saingan awal mu­sim ini, Everton sudah mempamerkan aksi yang cukup posi­tif dan saya tidak terkejut kerana pembelian pemain yang mereka lakukan cukup berkualiti selain tidak menunggu lama untuk mem­beri impak.

“Mengenai perlawanan nanti, saya harap pasukan dapat mempamerkan aksi yang terbaik selain melupakan kekecewaan sebelum ini.

“Kami memiliki kualiti dan barisan pemain perlu yakin dengan keupayaan pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI