fbpx

Laman Facebook KKM kini raih 4 juta pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) kini mempunyai empat juta pengikut.

Pencapaian itu membolehkan laman Facebook KKM itu diiktiraf sebagai laman Facebook yang mempunyai paling ramai pengikut dalam kalangan laman Facebook rasmi kementerian-kementerian lain.

“Terima kasih kerana menyokong kami dan terus menjadokan kami sebagai Facebook kementerian nombor satu di Malaysia.

“Facebook rasmi KKM kini telah mencapai angka 4,000,000 pengikut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada KKM di atas pencapaian itu.

Ressa Mohamad Tedius menerusi komennya: “Tahniah KKM, terima kasih pada yang terbabit.

Sementara itu, Hafizi Kee dalam komennya berkata, rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada KKM di atas pengorbanan yang dicurahkan.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya,” katanya.

Sejak tercetusnya wabak Covid-19 di Malaysia awal tahun ini, laman Facebook KKM adalah antara saluran utama rakyat bagi mendapatkan info terkini mengenai perkembangan wabak itu.

Selain berkongsi angka-angka penting penularan Covid-19 di negara ini, laman berkenaan turut berkongsi pelbagai maklumat, nasihat, tindakan dan maklumat berkaitan wabak berkenaan buat panduan rakyat.

Malah, selain media elektronik, laman Facebook itu juga tidak pernah ketinggalan menyiarkan sidang media dikendalikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hampir setiap hari tanpa rehat sejak Februari lalu.

Laman Facebook KKM menyediakan info lengkap dalam bentuk grafik berkaitan kes-kes harian Covid-19, makluman kluster baharu, perkembangan Covid-19 di setiap negeri dan tindakan-tindakan susulan dalam menangani wabak berkenaan.

Selain laman Facebook KKM, beberapa laman median sosial lain turut menjadi tumpuan orang awam termasuk laman Facebook peribadi Noor Hisham, Public Health Malaysia (PHM), CPRC Kebangsaan dan Institute of Medical Research. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI