fbpx

Gangguan bekalan air di 686 kawasan bermula 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paip bocor di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1.

KUALA LUMPUR – 686 kawasan akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 bocor.

686 kawasan itu termasuk Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, akibat insiden itu lori rawatan air tersebut terpaksa dihenti tugas separa bagi kerja-kerja pembaikan paip dilakukan.

Katanya, bekalan air akan ditutup pada pukul 9 malam ini sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 686 kawasan yang mendapat bekalan air dari loji berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan paip itu dijangka siap sepenuhnya esok pada pukul 8 pagi.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat setelah kerja pembaikan paip siap dan sistem rawatan air loji beroperasi seperti biasa pada pukul 2 petang esok,” katanya hari ini.

Air Selangor turut menyarankan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat.

“Sebarang perkembangan berkaitan dengan insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI