fbpx

Empat buah kampung banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

JASIN – Seramai 69 mangsa melibatkan 19 buah keluarga di sini terpaksa dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak semalam.

Kesemua mangsa iaitu 27 lelaki dan 42 perempuan dipindahkan ke (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel sejak pukul 4.30 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolenal (PA) Effendy Ali berkata, mangsa yang terlibat adalah dari Kampung Lubuk Kasau, Kampung Hulu Duyung, Kampung Parit Lampong dan Kampung Tanjung Laboh.

“Hujan berterusan dari pukul 2 pagi hingga 5 pagi semalam menyebabkann paras air Sungai Ayer Panas melimpah.

“Ekoran itu, seramai 69 penduduk dari empat buah kampung terpaksa dipindahkan ke PPS SK Tehel selepas kediaman mereka dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, pemantauan berkala diteruskan bagi memastikan keadaan banjir terkawal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI