fbpx

Persembunyian sebulan penyamun tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan bersama motosikal jenis Honda EX5 di Taman Sri Putra, Banting, Kuala Langat di sini semalam.

KUALA LANGAT – Selepas hampir sebulan bersembunyi, seorang penyamun akhirnya diberkas di sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di Taman Sri Putra, Banting di sini semalam.

Suspek berusia 29 tahun ditangkap pukul 1.30 petang menerusi Ops Cantas ketika berehat di bilik sewa tidak bernombor itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, suspek dikehendaki selepas menyamun seorang suri rumah berusia 33 tahun di sebuah kedai dobi di Jalan Kiambang, Banting.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam pada 19 September lalu itu, suspek telah bertindak menolak mangsa ke arah mesin basuh dan memukul kepada mangsa.

“Sejurus kemudiannya, suspek telah menyamun sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy J4 dan wang tunai bernilai RM150 milik mangsa.

“Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau termasuk berkaitan pemerasan, pecah rumah dan dadah.

Tambah Azizan, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai digunakan suspek semasa hari kejadian samun tersebut.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI