fbpx

Penyedia perkhidmatan komunikasi perlu beri kualiti terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa pihak penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia beri perkhidmatan terbaik kepada pengguna seperti apa yang dijanjikan di dalam kontrak.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, ini termasuk perkhidmatan semasa pemasangan, kualiti perkhidmatan ketika digunakan, pengurusan aduan pengguna yang cepat dan tepat serta pengguna dilayan secara baik serta profesional.

“Penyedia perkhidmatan komunikasi perlu bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa, seperti apa yang dijanjikan dan termaktub di dalam kontrak antara kedua-dua belah pihak.

“Bagaimanapun, pihak penyedia perkhidmatan tidak dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna sekiranya ada dalam kalangan pengguna yang enggan memberi kerjasama kepada pihak penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, hak pengguna tidak terpakai sekiranya tanggungjawab ini tidak dilaksanakan oleh pengguna.

“Pengguna juga berhak menamatkan kontrak tertakluk kepada terma dan syarat kontrak yang ditetapkan.

“Pihak SKMM akan terus memastikan penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu, SKMM berkata, pihak pengguna juga perlu bertanggungjawab apabila membuat aduan.

“Segala aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia boleh dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan terlebih dahulu seperti yang ditetapkan mengikut peruntukan Kod Amalan Am Pengguna (GCC) bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang wajar.

“Sekiranya jalan penyelesaian tersebut tidak memuaskan, pengguna boleh membuat aduan susulan di Portal Aduan MCMC melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI