fbpx

Tarik diri angkara wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN The Mitchelton-Scott membuat keputusan menarik diri daripada perlumbaan Giro-d’Italia selepas staf pasukan dikesan positif Covid-19. – AFP

PESCARA, Itali – Gara-gara Covid-19, pasukan The Mitchelton-Scott membuat keputusan menarik diri daripada Kejohanan Giro d’Italia selepas beberapa kakitangan pasukan itu dikesan dijangkiti wabak maut tersebut.

The Mitchelton-Scott menarik diri pada peringkat ke-10 perlumbaan basikal itu semalam apabila empat staf pasukan itu dikesan positif Covid-19 selepas menjalani ujian pada Ahad lalu.

Pada mulanya hanya seorang pelumba pasukan itu dikesan dijangkiti wabak tersebut iaitu Simon Yates. Pelumba itu didapati positif selepas menunjukkan tanda demam dan ujian kedua dijalankan mengesahkan keputusan positif.

Ketika ini penganjur perlumbaan, RCS Sports telah me­lakukan kira-kira 571 ujian dan kejohanan itu berdepan kemungkinan dibatalkan.

“Atas faktor keselamatan dan kesihatan, kami membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan Giro d’Italia. Mereka yang positif akan menjalani proses kuarantin yang ditetapkan.

“Mengenai sama ada kejohanan ini dibatalkan, kami tidak pasti dan apa yang saya ketahui ramai yang sudah dijangkiti wabak berbahaya ini,” kata pasukan The Mitchelton-Scott.

Selain itu, pelumba Jumbo Visma, Steven Kruijswijk dan Michael Matthews (Team Sunweb) turut menarik diri kejohanan itu selepas positif Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI