fbpx

Semua pihak diseru patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Semua pihak dinasihati untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 bagi memastikan usaha Kementerian Kesihatan memerangi wabak itu membuahkan hasil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, SOP yang disediakan harus dipatuhi tanpa mengira latar belakang mereka.

Bahkan, katanya, kini bukan masanya untuk berpecah belah dan menyalahkan mana-mana pihak.

“Tidak kira siapa anda, patuhilah SOP. Bantu petugas barisan hadapan dan mereka yang bekerja di sebalik tabir tanpa mengira penat lelah sejak 10 bulan lalu.

“Bantu kami agar kami boleh terus membantu anda. Duduk di rumah selagi boleh, jika tidak patuhilah SOP,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, orang ramai juga tidak boleh hanya mengharapkan pihak berkuasa semata-mata untuk pematuhan SOP.

Sebaliknya, katanya, kesihatan awam dan keselamatan boleh dicapai sekiranya langkah-langkah perubatan awam dan nasihat difahami dan diamalkan.

Pada masa sama, beliau berkata, semua pihak terutamanya golongan pemimpin komuniti, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik harus mendidik masyarakat mengenai aspek pematuhan.

“Kita mesti bekerjasama untuk negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI