fbpx

Samaiden Group disenarai secara virtual di Pasaran ACE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat konsultan perkhidmatan alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui, Samaiden Group Bhd. menjadi firma pertama yang disenaraikan secara virtual oleh Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia), di pasaran ACE semalam.

Ia adalah perkhidmatan terbaharu yang disediakan Bursa Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober ini.

Terdapat empat lagi syarikat yang dijadualkan disenaraikan sepanjang tempoh tersebut iaitu Cable Group Bhd. (16 Oktober), Aneka Jaringan Holdings Bhd. (20 Oktober), Mr DIY Group (M) Bhd. (26 Oktober) dan Econframe Bhd. (27 Oktober).

Majlis penyenaraian disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Bursa Marketplace.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, upacara penyenaraian di Bursa Malaysia kebiasaannya menandakan kejayaan yang penting dalam kitaran hidup syarikat.

“Acara ini biasanya menarik banyak tetamu undangan syarikat untuk berkumpul meraikannya bersama pemilik dan penganjur, dimulakan dengan tradisi memukul gong semasa pembukaan pasaran.

“Dalam PKPB, kami gembira dapat mengekalkan tradisi ini dan akan terus memanfaatkan teknologi untuk menyesuaikan budaya dengan perubahan persekitaran yang berterusan, sambil sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Saham Samaiden ditutup pada harga RM0.805 dengan permodalan pasaran berjumlah RM169.05 juta dalam sesi dagangan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI