fbpx

Pengeluaran awal sarung tangan Mah Sing dijangka April 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mah Sing Healthcare Sdn. Bhd. (Mah Sing Healthcare) berhasrat menjadi salah satu daripada lima pengeluar sarung tangan utama di negara ini.Mah Sing Healthcare adalah anak syarikat milik penuh Mah Sing Plastics Industries Sdn. Bhd. (MSPI).

Penceburan dalam bidang sarung tangan adalah sebahagian daripada pelan syarikat induknya, Mah Sing Group Bhd. (Mah Sing) untuk mempelbagaikan perniagaannya.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, untuk fasa pertama, kilang pengeluaran sarung tangan nitril dan getah dibangunkan dengan memiliki 12 barisan pengeluaran dengan kapasiti 3.68 bilion keping sarung tangan setahun.

Projek tersebut melibatkan pelaburan sehingga RM150 juta.

Menurutnya, dua barisan pengeluaran awal dijangka mula beroperasi pada April 2021, dengan pertambahan dua barisan pengeluaran baharu setiap bulan selepas itu.

“Dalam pelan pembangunan fasa kedua, kami mempunyai pi­lihan untuk menyewa atau membeli kawasan seluas 26,709 meter persegi bersebelahan kilang pertama di Kapar untuk menempatkan 12 lagi barisan pengeluaran, seterusnya menggandakan kapasiti.

“Pada akhirnya, kami berhasrat untuk memiliki 100 barisan pengeluaran dengan kapasiti 30 bilion keping setahun,” katanya pada sidang akhbar yang dibuat secara maya di sini semalam.

Turut hadir  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Menurut Hoy Kum, permintaan sarung tangan dijangka terus mengalami pertumbuhan pesat selepas pandemik.

Faktor lain kepada perkembangan tersebut ialah peningkatan kesedaran dalam penjagaan kebersihan selain adaptasi syarat lebih ketat yang memandatkan penggunaan sarung tangan dalam industri seperti makanan dan hotel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI