fbpx
Wanita ini akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

[VIDEO] Pemandu Myvi dituduh hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kematian anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Wanita berusia 23 tahun itu berdepan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu.

Tertuduh dibawa dengan kenderaan polis tiba di pekarangan mahkamah 8.35 pagi diiringi anggota trafik sebelum wanita itu ditolak dengan kerusi roda.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi Sabtu lalu, pemandu, Honda Accord, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian setelah dirempuh kenderaan Perodua Myvi dipandu wanita berusia 23 tahun.

Pemandu itu kemudian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu selain turut didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Turut cedera dalam kemalangan tersebut, pemandu kereta Proton Iswara, Chang Ah May, 78. – K! ONLINE