fbpx
Shafien (kiri) melawat Lans Koperal Tuan Hafizuddin di rumahnya di Kampung Perupok, Bachok hari ini.

Lans koperal patah jari diserang sewaktu bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Seorang Lans Koperal polis patah jari tangan selepas diserang sekumpulan lelaki ketika sedang menjalankan tugas sewaktu serbuan di sebuah kedai shisha di Lembah Sireh dekat Kota Bharu semalam.

Selain mangsa, Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd. Sukadi, 21, seorang pegawai polis wanita, Inspektor N. Indrah turut luka di bahagian muka.

Kedua- dua mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 malam ketika sepasukan pegawai dan anggotanya menyerbu sebuah premis sewaktu menjalankan Ops Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) .

Menurutnya, pihak polis berada di kedai berkenaan bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kelantan dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Katanya, sewaktu menjalan operasi, mereka diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan botol kaca selain berlaku pergelutan dengan beberapa lelaki sehingga mereka bertindak mencakar dan menumbuk anggota polis.

“Selepas kejadian itu, polis menahan empat lelaki yang berusia antara 23 hingga 28 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

“Tiga lelaki itu ditahan di Kota Bharu, manakala seorang lagi di Machang dengan bantuan Rela dan MPKB-BRI. Kita juga sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI