fbpx
Tangkap layar video menunjukkan buaian berayun sendiri (dalam bulatan) di Taman Rekreasi Rembau, Rembau baru-baru ini.

Jangan anggap kerana gangguan makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Orang ramai di­ingatkan agar tidak cepat mempercayai sesuatu kejadian ganjil itu adalah daripada gangguan makhluk halus.

Baru-baru ini tular rakaman video buaian di Taman Rekreasi Rembau berayun tanpa individu di laman Facebook Komuniti Setempat Rembau Macam Macam Ado sehingga mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

Pengarah Darussyifa’ Nege­ri Sembilan, Abdul Ghani Ahmad Zaighu berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak cepat mempercayai sesuatu yang ­ganjil itu semuanya dari gangguan­ makhluk halus memandang­kan alam ciptaan Allah ini sememang­nya sedia ganjil, seni dan hebat.

“Namun, sekiranya buaian berkenaan berayun tujuh hari berturut-turut tanpa henti, ia berkemungkinan ada faktor lain dan perlu diteliti semula.

“Pada pandangan saya, mungkin buaian berkenaan berhayun disebabkan fenomena tiupan angin semata-mata, lainlah kalau ia berhayun tujuh hari berturut-turut tanpa henti. Itu mungkin ada kemungkinan lain yang perlu diteliti semula atau dilihat dari aspek-aspek yang lain,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, oleh itu, bagi mengelakkan sebarang gangguan daripada syaitan dan jin, masyarakat hendaklah sentiasa beramal setiap hari, sekurang-kurangnya ayat Kursi dan bacaan tiga Qul.

“Walaupun ringkas ayat tersebut mengandungi kelebihan yang sangat luar biasa bagi mengelakkan pengamalnya daripada bahaya sama ada angkara manusia atau makhluk halus.

Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi satu minit 33 saat yang mendapat tontonan lebih 20,000 kali dan sebanyak 150 reaksi daripada netizen.

Rakaman berkenaan dikatakan berlaku kira-kira pukul 6.15 petang.

Perakam mendakwa sebelum ini sering kali melihat individu lain memuat naik situa­si ber­kenaan, namun kali ini dia berpe­luang melihat dengan mata sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN