fbpx

9 anggota penyelamat maut selepas kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUE, Vietnam – Seramai sembilan petugas penyelamat ditemui mati selepas satu usaha menyelamat sekumpulan pekerja dari sebuah loji janakuasa yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di tengah Vietnam, kata pihak berkuasa hari ini.

Banjir buruk dan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di rantau itu menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terkorban pada minggu lalu.

Satu laman web agensi kerajaan melaporkan 17 pekerja di sebuah stesen hidro kuasa hilang susulan satu kejadian tanah runtuh. Mayat seorang pekerja lain turut ditemui.

Satu pasukan penyelamat, terdiri daripada 13 anggota, berdepan kesulitan dan sembilan daripada mereka ditemui mati.

BACA >> 30 maut akibat hujan lebat di India

Kawasan tengah dan utara Vietnam berdepan dua kejadian ribut, membawa hujan lebat yang mencetuskan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan.

Hampir satu juta penduduk terjejas akibat hujan lebat dan lebih 200,000 rumah telah ditenggelami air.

Di Kemboja, banjir turut dilaporkan berlaku di kawasan barat laut negara itu.

Seramai 13 orang terbunuh termasuk lima kanak-kanak, menurut agensi pengurusan komuniti bencana kebangsaan.

Lebih 190,000 penduduk terjejas dan kira-kira 12,000 lagi terpaksa dipindahkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI