fbpx

4 lelaki terlibat pergaduhan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dihalang oleh beberapa orang rakan suspek yang meminta mereka agar tidak mencampuri urusan tersebut.

KUALA LUMPUR – Seramai empat individu warga tempatan ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan berpunca daripada salah faham berkait insiden kecurian telefon bimbit di hadapan sebuah restoran di Jalan Telawi, Bangsar di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Pantai yang tiba di tempat kejadian kemudiannya cuba meleraikan pergaduhan tersebut namun telah dihalang oleh beberapa rakan suspek yang meminta mereka agar tidak mencampuri urusan tersebut.

“Susulan itu, pihak polis telah menahan empat lelaki berusia 29 hingga 32 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi saluran YouTube RMP TV.

Jelas Zairulnizam, kejadian berlaku berpunca daripada salah faham berkait insiden kecurian telefon bimbit melibatkan dua kumpulan berkenaan yang akhirnya bertukar menjadi pergaduhan mulut dan tolak menolak.

“Dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kecurian telefon bimbit dan Seksyen 147 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa tersekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI