fbpx

Pengerusi MPKK antara yang ditahan curi lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bertindak melepaskan lembu tersebut di Kampung Sungai Dua, Gemencheh, petang kelmarin selepas berlaku pertengkaran dengan pemilik haiwan berkenaan

Oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Enam lelaki termasuk seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) antara yang ditahan polis kerana disyaki mencuri lembu di Kampung Sungai Dua, Gemencheh di sini pada Isnin lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.20 petang itu disedari pemiliknya berusia 70 tahun apabila terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, ketika kejadian pemilik lembu dan anak lelakinya ingin melihat lembunya di kawasan belukar berhampiran sebuah kandang ayam.

Bagaimanpun, mereka telah terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.

“Kenderaan itu dinaiki empat lelaki termasuk ketua kampung berkenaan. Pemilik haiwan telah menghalang kenderaan itu untuk diperiksa.

“Sebaik diperiksa, mereka terkejut apabila melihat seekor lembu jantan dengan keadaan terikat dan ditutup dengan kanvas berwarna merah berada di belakang kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Pilus berkata, telah berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak melepaskan lembu tersebut.

Menurutnya, penternak itu kemudiannya telah membuat laporan polis dan enam lelaki termasuk seorang ketua kampung ditahan berusia antara 35 hingga 50 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati, dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri.

“Kesemua suspek kini direman tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI