fbpx

Kerajaan NS tanggung kos pembersihan tumpahan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tumpahan minyak yang mencemarkan Pantai Cermin, Batu 10, dekat sini, kelmarin.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan menanggung kos pembersihan susulan insiden tumpahan minyak yang berlaku di Pantai Cermin, Port Dickson dan Tanjung Tuan, Isnin lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian yang telah menjejaskan sepanjang dua kilometer kawasan persisiran pantai Port Dickson yang merupakan tumpuan utama pelancong di negeri ini.

“Insiden tumpahan minyak ini telah terjadi di pantai kita malangnya kerajaan negeri perlu tanggung kos tersebut kerana walaupun saya dimaklumkan kapal tersebut hanya melalui perairan negeri ini.

“Bagaimanapun, saya berharap kerajaan Persekutuan dapat membantu menanggung kos bersama.

“Kerja pembersihan dilaksanakan pagi ini oleh agensi kerajaan berkaitan dan mendapat kerjasama daripada SWCorp, SWM Environment dan Stesen Janakuasa Tuanku Ja’afar, Tenaga Nasional Berhad (TNB). Operasi pembersihan akan bermula pada pagi ini sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, kos untuk pembersihan tumpahan minyak terbabit menggunakan khidmat syarikat swasta adalah tinggi sehubungan itu agensi kerajaan dan swasta di minta bekerjasama membersihkan perairan Port Dickson tersebut.

“Jawatankuasa Tindakan Pembersihan Pantai Peringkat Daerah (JTPPPD) Port Dickson telah diaktifkan serta merta serentak dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan daerah Alor Gajah, Melaka bagi menyelaras dan melaksanakan kerja pembersihan dan pelupusan sisa berminyak di kawasan yang terjejas,” katanya.

Aminuddin dalam pada itu menjelaskan, kerajaan negeri akan meneliti pendekatan yang boleh diambil dengan kerjasama Jabatan Laut serta agensi lain yang berkaitan agar insiden seperti ini dapat dielakkan daripada berlaku pada masa hadapan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI