fbpx

JKDM rampas dadah dalam kotak bijirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latif (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis ketamin bernilai RM1.7 juta didalangi warga asing di Kompleks Kastam Kargo, KLIA, Sepang, di sini, hari ini.

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi rampasan serbuk ketamin seberat 30.68 kilogram (kg) bernilai RM1.7 juta yang ‘disorokkan’ dalam 35 kotak bijirin baru-baru ini.

Dalam operasi pada pukul 2.05 petang, 8 Oktober lalu, pasukan Kastam dari cawangan penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit III, KLIA berjaya menahan dua suspek warga asing berusia 37 dan 45 tahun di Ampang, Selangor bersama dadah tersebut.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kesemua dadah itu disyaki diimport dari sebuah negara di Asia Selatan melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini menggunakan pesawat kargo.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket menggunakan kertas aluminium untuk membungkus dadah menyerupai bungkusan sebenar sebelum dibungkus semula di dalam kotak bijirin.

“Bijirin sarapan ini dimuatkan di dalam dua buah kotak besar bersama kotak bijirin sebenar dan diikrar sebagai bahan makanan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata, siasatan pihaknya mendapati pasport suspek berusia 45 tahun telah tamat tempoh dan dipercayai tinggal melebihi tempoh sepatutnya.

“Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Majistret Ampang selama tujuh hari dan akan didakwa dalam tempoh terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Sementara itu, Abdul Latif berkata, sebanyak 150 kes rampasan dadah melibatkan nilai rampasan RM5.06 juta dibuat JKDM Sepang sejak Januari lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI