fbpx

IPTS dibenarkan laksana peperiksaan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dibenar meneruskan peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), berdasarkan jadual asal.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan pengecualian itu diberikan selaras keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

Katanya, keputusan berkenaan membabitkan 3,031 pelajar tempatan dan 195 pelajar antarabangsa di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang dikenakan PKPB.

“Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada institusi masing-masing mengikut kategori, iaitu pelajar dan institusi yang terbabit dengan Peperiksaan Cambridge GCE ‘A’ Level, Australian Matriculation (AUSMAT), Canadian Pre-U dan seumpamanya.

“Pengecualian juga untuk pelajar yang berdaftar menduduki peperiksaan dengan penyedia peperiksaan luar negara atau peperiksaan antarabangsa dan pelajar berdaftar untuk menduduki peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA),” katanya di sini hari ini.

KPT berkata, pengecualian itu tertakluk kepada pematuhan IPTS terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa dan keputusan kerajaan dari semasa ke semasa.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan PKPB dilaksanakan di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 27 Oktober depan, manakala di Sabah bermula semalam hingga 26 Oktober.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI