fbpx

Cik Kiah gergasi jadi terapi jiwa Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa seberat 240 kg kesayangan Mohd. Redzuan.

BALIK PULAU – Seorang bekas pemandu peribadi menjadikan ular sawa batik yang digelar de­ngan nama Cik Kiah sebagai sebahagian terapi jiwanya selain dikatakan dapat merehatkan minda serta menghilang tekanan kerja.

Mohd. Redzuan Abdullah Zawawi, 36, atau mesra disapa sebagai Abe berkata, reptilia sepanjang kira-kira tujuh meter dengan berat 240 kilogram (kg) itu dibelanya sejak 17 tahun lalu sewaktu remaja.

Bekas anggota pasukan ke­selamatan itu memberitahu, minat mendalam terhadap hidupan eksotik itu disebabkan ular sawa mempunyai keunikan tersendiri dengan lapisan kulitnya yang berseni selain mudah dipelihara.

“Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga pencinta haiwan peliharaan seperti kucing dan penternak lembu serta kambing.

“Saya menemui Cik Kiah ketika berada di sebuah kebun durian milik seorang rakan di Teluk Bahang. Ketika itu saiznya dianggarkan berukuran tiga jari manusia dan usianya kini mencecah dalam lingkungan 16 hingga 17 tahun,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurutnya, memelihara reptilia tersebut perlulah mempu­nyai sifat keberanian yang tinggi dan nilai kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.

“Pernah orang cakap saya gila gara-gara membela ular sawa yang besar, apatah lagi cara penjagaannya juga melibatkan kos yang tinggi.

“Kata-kata itu tidak sedikit mematahkan semangat saya untuk terus memelihara Cik Kiah kerana saya juga adalah peme­gang lesen menyimpan hidupan liar yang dilindungi daripada Jabatan

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” jelasnya.

Cerita bapa kepada dua cahaya itu lagi, dia akan menghidangkan kira-kira 10 hingga 15 ekor ayam atau arnab setiap dua minggu sekali mengikut kesesuaian mood haiwan peliharaannya itu.

“Banyak pengalaman yang diperoleh sejak memelihara Cik Kiah iaitu selain pernah digigit, saya juga pernah tinggal semalaman dengannya di dalam sangkar.

“Bukan setakat itu, rakaman video Cik Kiah mengeluarkan najis seakan-akan isi durian Musang King juga pernah tular di Facebook awal tahun ini dan mendapat lebih sejuta tontonan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI