fbpx
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat (tengah) memegang sebahagian daripada dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah pondok kosong di Tebuk Haji Dollah, Selinsing kelmarin.

Tokan dadah ditahan bersila hisap dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Seorang lelaki yang dipercayai tokan dadah ditahan polis di sebuah pondok kosong di Tebuk Haji Dollah, Selinsing dalam satu serbuan kelmarin.

Dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada pukul 8.30 malam itu, suspek berusia 30-an itu sedang duduk bersila di atas tikar di dalam pondok berkenaan dipercayai sedang menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya telah membuat intipan selama sebulan sebelum berjaya memberkas lelaki berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut, suspek menyedari kehadiran polis sebelum bertindak cuba melarikan diri.

“Berlaku sedikit pergelutan antara suspek dan polis sebelum dia berjaya diberkas kira-kira 10 meter dari pondok tersebut,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kerian di sini hari ini.

Tambah Mazuki, hasil pemeriksaan di pondok tersebut polis menemui tujuh peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis heroin seberat 215.6 gram, lima peket Methamphetamine seberat 65.51 gram dan satu peket ketulan mampat ganja seberat 3.22 gram.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut termasuk alat penimbang digital, plastik pembungkus dadah, botol kaca untuk menghisap dadah, pemetik api dan peralatan lain untuk menghisap dadah.

“Nilai rampasan dadah dianggarkan RM17,580 dan polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Satria yang digunakan suspek untuk mengedar dadah,” katanya.

Katanya lagi, polis percaya suspek mendapat bekalan dadah dari sumber tempatan dan dadah tersebut boleh dibekalkan kepada 300 penagih  dadah di sekitar Kerian.

“Semakan mendapati suspek yang aktif sejak sebulan yang lalu itu mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya.

Katanya, dia kini direman selama enam hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI