fbpx

PRU-15: SPR mohon tangguh dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati mana-mana pihak supaya tidak melaksanakan sebarang pilihan raya negeri termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya khuatir ia bakal memberi ancaman keselamatan kepada kesihatan rakyat khususnya ketika negara kini berdepan peningkatan kes Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan pilihan raya hanya boleh ditentukan oleh pihak-pihak yang membuat keputusan termasuk kerajaan manakala SPR hanya menerima arahan tersebut untuk menjalankan pilihan raya.

“Seandainya berlaku pembubaran Parlimen sekali gus akan diadakan PRU-15, SPR terpaksa kerana itu tugas kita. Namun terpulang kepada kerajaan semasa. Kita hanya menerima arahan dari pihak-pihak yang membuat keputusan.

“Bagaimanapun, kita memohon ketika dalam keadaan wabak ini melanda negara, kalau boleh tidak ada pilihan raya buat masa ini,” katanya pada sidang akhbar pengumuman tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi hari ini.

Abdul Ghani mengakui sukar untuk menjamin keselamatan rakyat kerana apabila pilihan raya berlangsung, rakyat akan terdedah kepada pelbagai aktiviti kempen.

Justeru, beliau berpandangan tidak sesuai untuk melaksanakan sebarang pilihan raya dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI