fbpx

Anwar yakin dapat sokongan lebih 120 Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan sokongan lebih 120 Ahli Parlimen yang diterimanya dan menegaskan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Katanya, dia telah menyerahkan dokumen rasmi sokongan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pertemuan di Istana Negara pagi tadi.

“Saya pohon semua pihak memberikan ruang kepada Duli Yang Maha Mulia untuk menjalankan tanggungjawab mengikut lunas Perlembagaan dan juga budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen.

“Dalam satu dua hari ini (Al-Sultan Abdullah) akan memanggil ketua-ketua parti (untuk) mengesahkan, dan juga mendapat pandangan sebaiknya,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Le Meridien di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, apa yang berlaku tersebut bukanlah soal kemenangan atau kekalahan sesiapa tetapi tentang menegakkan satu negara yang maju dan adil, menangani malapetaka Covid-19 serta memacu ekonomi meyakinkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI